poster Syok adalah produk baru PTS One iaitu novel untuk remaja metropolitan.

Ini Suatu Cerita

Tiga pelajar kolej yang tinggal serumah iaitu Lan, Syuk dan Zareen. Mereka lahir dari latar belakang yang berbeza namun menjadi rapat kerana saling menghormati, bantu-membantu dan bertolak ansur. Pelbagai insiden lucu dan menarik melatari kehidupan mereka sebagai orang bujang yang sedang dalam proses mencari cinta.

Yong Tau Foo

Kegigihan gadis bernama Adibah ataupun Yong untuk bangkit selepas putus cinta. Yong gagal SPM. Kerana kegagalan itu, dia dipandang rendah oleh ibu bakal tunangnya sekali gus menyebabkan hubungan mereka putus. Disebabkan rasa terhina, Yong bangkit menjadi usahawan sos yong tau foo. Penceritaan cerita ini disampaikan dalam bentuk jenaka namun ada babak sedih dan gembira dengan pelbagai insiden suka dan duka.

BICARA BUKU Bersama Dr. Tengku Asmadi T.Mohamad di BookFest@Malaysia 2007, KLCC

PTS Millennia Sdn. Bhd. diberi penghormatan oleh Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. untuk mengambil bahagian dalam program sempena BookFest @ Malaysia 2007 yang berlangsung sempena cuti sekolah, bermula pada 26 Mei 2007 hingga 3 Jun 2007. “Bicara Buku Bersama Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad” diadakan pada hari Khamis, 31 Mei 2007 bermula pada jam 2.30 petang hingga 3.45 petang.

Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad dilahirkan pada tanggal 23 Jun 1964 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. Beliau mendapat didikan awal daripada Sek. Keb. Seberang Takir dan Sek. Men. Keb. Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu. Pada tahun 1988 beliau menerima ijazah dalam bidang kejuruteraan Sumber Mineral daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Kecemerlangan akademiknya membolehkan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di University of Queesland, Brisbane, Australia di bawah tajaan IDP Australia. Pada tahun 1994, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah, Ph.D, dalam bidang kejuruteraan perlombongan.

Artikel Terkini
CARI
Kategori